Alhamdulillah.Harap selepas ini tiada lagi ungkapan Smk usj 13 sekolah yang teruk.Saya sekolah disitu ok je cuma disiplin pada pelajar sesi pagi yang susah dikawal agaknya.Sesi petang alhamdulillah.
Tapi takut juga kerana Ira next year pergi sesi pagi dah.Rasa macam nak tukar sekolah oleh kerana tiada transport pada waktu pagi dan disiplinnya teruk sikit.Waktu aktiviti kokurikulum,Ira selalu 7:10 dah sampai sekolah.Lihat kakak-kakak dan abang-abang sesi pagi ada yang 7:20 masih di pondok.Bila cikgu datang baru terhegeh-hegeh pergi tapak perhimpunan.Sesi petang,12:45 macam tu semua dah ada dekat laluan bestari.
Petikan dari akhbar berita harian 27 Nov 2013
Copy and paste dari berita harian website bc tak sempat beli.Apapun tahniah kakak-kakak form 5 and puan Irma :-)
PUTRAJAYA: Pasukan Elitus dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 13 muncul juara Pertandingan F1 In School Kebangsaan 2013 yang dianjurkan di Kompleks Perbadanan Putrajaya, di sini, hari ini.
Kemenangan itu melayakkan pasukan berkenaan mewakili Malaysia ke pertandingan sama di peringkat antarabangsa di Abu Dhabi, akhir tahun depan. Mengutip markah 834, pasukan itu mengalahkan 23 sekolah lain di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment