Sempena ulangtahun ke 16,majalah ANIS dengan sukacitanya akan
mengadakan Sayembara Cerpen Anis 2012/2013 dengan menawarkan hadiah-hadiah
lumayan sebagai penghargaan bagi cerpen yang terpilih daripada karya-karya yang
dikirim di majalah ini.
Motonya “Tulis,Hantar & Menang”ini akan bermula pada Jun
2012 sehingga Mei 2013.
Bagaimana mahu sertai???
- Anda perlu menghasilkan cerpen mengikut tema yang telah ditetapkan.
-Isu kekeluargaan antara suami isteri
-Kisah-kisah masyarakat seperti gejala buang bayi,remaja lari dari rumah dan sebagainya.
-Sambutan Maulidul Rasul,Maal Hijrah,Aidilfitri dan Aidiladha.
- Karya perlu ditaip kemas,langkau sebaris (single spacing) dengan jenis tulisan Times New Roman bersaiz 12 poin di kertas A4.
- Panjang cerpen adalah lebih kurang 2000 patah perkataan.
Syarat-syarat penyertaan:-
- Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia kecuali kakitangan Galeri Ilmu Sdn.Bhd
- Peserta boleh menghantar lebih daripada 1karya tetapi hanya layak untuk memenangi 1 hadiah.
- Karya mestilah asli dan tidak pernah tersiar dalam mana-mana majalah atau media lain.
- Keputusan panel adalah muktamad.
- Karya yang dikirim tidak akan dikembalikan.
- Hak cipta karya yang tersiar adalah hak milik penerbit.
Bagaimanakah caranya untuk menghantar karya??
Emelkan sahaja karya anda kepada mahalahanis@yahoo.com berserta butiran
yang sama seperti borang penyertaan seperti dibawah untuk siapa yang
menggunakan emel; atau poskan hasil karya anda kepada:
SAYEMBARA CERPEN ANIS2012/13
No 44,Jalan Pekaka8/3,Seksyen 8,
Kota Damansara,47819 Petaling Jaya,Selangor.
HADIAH-HADIAHNYA IALAH.....
Hadiah pertama:Wang tunai RM10000.00
Hadiah Kedua:Wang tunai RM750.00
Hadiah Ketiga:Wang tunai RM500.00
5X Saguhati:Wang tunai RM100.00
Inilah BUTIRAN PERIBADI yang akan diselitkan bersama
karya anda:D
Nama penuh
Nama pena(jika ada)
No kp
Alamat
No tel/hp
E-mel
Judul cerpen
Tarikh hantar
Pengakuan:Saya mengesahkan bahawa manuskrip yang dihantar
untuk SAYEMBARA CERPEN ANIS2012/13 ini adalah karya asli saya dan belum pernah
diterbitkan oleh mana-mana penerbitan atau pernah menyertai mana-mana
pertandingan.Saya juga mematuhi segala syarat-syarat yang telah ditetapan oleh
pihak penganjur dan tidak akan mempertikaikan segala keputusan panel penilai.
Memandangkan Ira tidak jumpa dari mana-mana website Anis,jadi Ira rasa baik hati dan dengan rela hati menaip sendiri mengikut apa yang ditulis didalam majalah ANIS.Kepada kawan-kawan yang tidak percaya..bolehlah membeli majalah ANIS di kedai-kedai yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.
3 comments:
Salam. Terima kasih sudi taipkan iklan ni. Cumanya, emel majalah tu macam typo je. Patutnya maJalahanis@yahoo.com la kan? Saya sebar-sebarkan post awak ni juga :)
Sorry,maybe keyboard bermasalah.Ya betul yang awak kata emel Majalah Anis itu. maJalahanis@yahoo.com
Terima kasih=)
Nak cuba masuk pertandingan ini juga, boleh tambah pengalaman. done follow,http://studioous.blogspot.com/
Post a Comment