Assalamualaikum wbt..Hari ini Ira hendak post cerpen yang Ira karang sempena pertandingan menulis cerpen anjuran pihat PTS One pada cuti sekolah bulan 12 yang lepas.Keputusan belum diumumkan lagi..Haiishh lama gebenor..sabar..tsk tsk
Ayma,seorang budak yang suka
membuat lawak tidak
bertempat dan tidak
matang.Ada sahaja perkataan yang lucu keluar
dari mulutnya.Walaupun sudah
ke sekolah menengah,tingkah lakunya
seperti budak kecil.Nampak
sangat tidak matang.Kadang-kadang sahaja matang.
Ayma memegang sebuah
buku conteng.Di dalam buku
itu,macam-macam ada.Ada tandatangan,ada
nota dan kira-kira matematik.
Miza yang kebetulan
melihat buku itu bersuara “Boleh Miza tengok?”
Ayma senyum.Dia
mengangguk.Miza pun menyelak muka surat yang pertama.
“GTP???Gadis Terlebih
Perasan???Ya Allah kawan aku yang seorang ini memang GTPlah”
Hehe..Miza malas
menyelak muka surat yang seterusnya atas sebab-sebab tertentu.
“Eh,jom pergi
surau.Saya lihat ada ramai orang di sana”kata Ayma tersenyum.Dia sekarang berada
didalam dunia keduanya.
“Eh minah ini.Hendak
pergi surau pula.Bukankah nanti rehatkan solat.Haisshh.Berangan”
Miza mencuit pnggan
Ayma.Ayma melatah. “Opocot aku GTP.”Beberapa orang kawannya termasuk Miza
ketawa.Memang lawak.Lawaklah sangat.
Ada yang hampir
berguling-guling menahan gelak.
“Erhemm.Apa
gelak-gelak ini.Saya kata suruh senyap.Kamu ingat saya ini
seperti tunggulkah?’’Cikgu Hamid mula
bersuara.
“Memang tunggul.Batu
tunggul macam dalam buku Geografi.”Ayma mengeluh kecil.Miza yang duduk di sebelahnya
ketawa kecil.Dia memang suka ketawa
terutama sewaktu Ayma melawak.
*******
Ayma berjalan-jalan
berseorangan di belakang sekolah.Dia sedang menunggu
Miza yang singgah di kedai
buku sekolah.Dia ingin main-main
dengan Miza.Setiap kali rehat,jarang
Ayma ke kantin.Dia lebih sukakan berehat-rehat daripada makan.Bukan hendak diet
tapi memang tidak ada mood.
“Panjang umur”kata Ayma apabila
Miza muncul.
Hehe.. “Awak ,minggu hadapan sudah mula
berpuasa.Nanti kita akan
pulang jam berapa agaknya?Samada seperti biasa ataupun jam 5:30”.Tanya Miza.
“Awak tanya saya,saya
lagilah tidak tahu.Kalau awak hendak tahu
sangat cubalah
tanya encik Google kita.Diakan
serba tahu.”Teka Ayma.Miza tergelak kuat.
“Tidak senonoh”jawab Ayma.
Miza meminta maaf atas
perlakuannya.
***
“Ya hanana Nabi
Muhammad.Zalikal khodlu minallah….”
Ayma menyanyi
sambil berjalan kaki pulang
ke rumah dari
sekolah.Miza tidak pulang sekali
kerana
Cikgu Yuki mahu menjumpanya.
“Pewwiitt..nak mengorat
boleh?”Aqil,jiran sebelah rumah Ayma ketawa apabila
dengar suara Ayma yang sumbang.
Ayma menahan geram.Tapi dalam hati dia ketawa kerana
bagi Ayma, suara Aqil lagilah sumbang.
“Tak boleh..Hrmm..Suka hatilah hendak nyanyi
ke hendak berlari ke.Macamlah suara dia itu
sedap sangat.”
“Sedap apa.Cukup..cukup..sudah..”Aqil menyanyi.Lagi sumbang dibuatnya.
“Puii..pergi perah santan dahulu
Aqil.”Ayma sudah mula
sakit hati.
“Perah santan??”Hendak buat apa perah santan?Sudah
ada berkotak-kotak di dalam rumah.”
Ayma tergelak.Dia tahu Aqil tidak
tahu maksud perah santan
yang sudah lapuk itu.
Ayma sudah penat melayan
Aqil.Dia terus masuk
dalam rumah.
****
“Ayma,tunggu sekejap.Saya hendak pinjam
nota awak.”Panggil Aqil.
“Kalau saya kata tidak boleh.Apa awak mahu
kata?”Ayma berkeras.
Ramai pelajar sudah pun
masuk ke dalam
kelas. Cuma tinggal Ayma dan
Aqil sahaja di
luar kelas.Ada juga beberapa
orang pelajar yang baru
hendak masuk ke
dalam kelas kerana
waktu itu baru sahaja
habis beberapa kelab yang ada perjumpaan.
“Ayma tolonglah.Awak tidak
malu jika saya
didenda?”Aqil terus merayu
kepada Ayma.
“Malu?Eii
tolonglah,saya bukan hendak sangat dekat awak.Perangai tak senonoh.”
Akhirnya Aqil
tiada kata-kata.Dia terus
melangkah masuk kedalam
kelasnya.
Ayma pun
begitu juga.
Nama Ayma
dijerit.36 pasangan mata
memandang kearah Ayma
untuk tahu apa
yang berlaku.Mereka semua
tidak memandang Aqil
pula.
Aqil menunjuk
nota Sejarah Ayma
yang ingin dia
pinjam.Tetapi Ayma yang
tidak mahu beri.Bukan
tidak mahu beri,nota
itu cikgu Adi,cikgu Sejarah
kelasnya yang suruh
membuat sendiri.Ayma penat-penat
membuat nota,Aqil sedap-sedap sahaja mencuri dan
mengambil nota tanpa
izin. ‘haisshh’
Ayma menjelir
lidah.Rasa marah bercampur
geram pada tahap
kritikal.Namun,dia sabar kerana
apabila marahpun kita
tidak boleh berbuat apa-apa.Membuang air
liur sahaja.
Aqil terus menyalin
nota Ayma.
‘Kenapa aku yang kena?’Rungut
Ayma.Dia tidak tahu
mengapa Aqil selalu
menyakat dan mengganggunya
sedangkan didalam kelas
itu ada ramai
pelajar.
*****
Cikgu Adi
tidak hadir tetapi
dia mahu semua
pelajar kelas 1Amiga,kelas
Ayma menghantar nota
mereka di atas
mejanya.
“Yahoo,cikgu tidak
datang.”Aqil menjerit tetapi
jeritannya hanya sebentar
kerana cikgu Amin, memerangkap guru disiplin
sesi petang SMK
Taman Permata lalu
di kelasnya dan
apabila terdengar suara
Aqil yang kuat
itu,dia terus masuk
kedalam kelas 1 Amiga.
“Aqil,suara kamu
itu,satu blok boleh bergegar.”Aqil tersenyum
malu.Ayma dan rakan-rakannya semuanya tergelak
perlahan.
Aqil pura-pura
tidak dengar gelakan
rakan-rakannya.Dia menjeling tajam
kearah Ayma.Nasib baiklah
Ayma tidak perasan.
Kelas 1 Amiga
sekarang ini seperti
pasaraya yang sedang
menawarkan harga-harga murah.Ada
yang bermain penutup
botol,ada juga yang
sedang berbual kosong
dan ada juga
yang jadi
jaga.Zakir,Subhan,Aizad,Arif dan Irfan
memang suka bergayut
seperti monyet dipintu.Mereka sering
berbual-bual disitu sambil
melihat guru-guru yang
lalulalang di koridor
sekolah.
Ayma sudah
masuk ke dunia
lain.Dia tidak habis
tersenyum-senyum.Miza yang duduk
ditepinya perasan dan
terus mencuit Ayma.
“Oh pocot Aqil
gemuk.”Ayma melatah dengan kuat
sekali dan latahnya didengar oleh kawan
sekelasnya.Tidak sampai 1 saat seluruh kelas menahan tawa.Ayma menahan malu.Semua orang memandang Aqil dan
Ayma.
Aqil pergi ke arah
Ayma dengan matanya menjeling kearah Ayma.Ayma
berdoa agar Aqil tidak memakannya.
“Mengapa nama aku
juga yang disebut?”
Ayma menjeling Miza.Miza tersengih-sengih.
“Sorry naik lorrylah.”Miza menenangkan
keadaan.
Nasib baiklah Miza tolong.Kalau tidak sudah lama Ayma cekik Miza.Disebabkan Mizalah Ayma melatah.
*******
“Ayma,jom pergi solat.”Ajak Miza.Miza segera mengemas buku-buku yang bersepah
di atas mejanya.
“Sorry,now I’m period.”Suasana yang
bising di dalam
kelas 1 Amiga
membuatkan Ayma harus bercakap
kuat ataupun berbisik
di telinga Miza.
“Sejak bila?”
“Harii ni.Pagi
tadi.”Ayma membalas.Dia malas
hendak melayan Miza
oleh kerana perutnya
sakit dan kakinya lenguh-lenguh.
Miza terus
pergi ke surau
untuk menunaikan solat
fardhu Zuhur sebelum
loceng waktu rehat
berbunyi.
********
Miza dan Ayma pulang dari
sekolah dengan berjalan kaki.Aqil menunggang basikal.Ayma yang perasan yang Aqil berada dibelakangnya mencepatkan perjalanan.
“Ayma,tunggulah.”
“Awak jalan sahajalah dengan Aqil.Saya
malas melayan
Aqil.”Ayma terus berjalan meninggalkan Miza bersama
Aqil.
Aqil tersengih-sengih memandang Miza lalu
mengayuh basikal
fixienya meninggalkan Miza dan mengejar
Ayma.Ayma kemudian berlari sekuat hati.Namun tiba-tiba..
“Adoii.”Ayma menjerit kesakitan.Dia menangis.Dalam hati dia berkata ‘Mama tolong..Aqil buat Ayma’.Padahal salah Ayma
sendiri kerana tidak perasan
yang ada batu
dihadapannya semasa dia berlari tadi.
Aqil tersengih-sengih kemuadian ketawa terbahak-bahak.Miza yang ketinggalan di belakang cepat-cepat berlari kearah Ayma.Ayma
menangis.Aqil buat tidak
acuh sahaja.
Matahari semakin lama,semakin
terbenam.Sebentar sahaja lagi azan maghrib berkumandang.
Miza memapah
Ayma yang kesakitan.Nasib baiklah rumah Ayma
dan Miza hanya
selang 3 buah.Aqil
semestinya sudah berada di
dalam rumah agaknya.
*****
“Astagfirullahalazim...macam mana boleh jadi begini?”Puan
Siti mula membebel
apabila melihat lutut anaknya
luka.
Ayma sudah mengagak yang emaknya sudah pasti akan membebel
kerana tidak tahu
jaga diri sedangkan
umur sudah 13
tahun.Opps silap, belum cukup.Hari jadi Ayma
bulan desember ya.
Ayma menjerit kesakitan sewaktu emaknya menyapu ubat luka
di lututnya
“Mama,perlahan-perlahanlah
.Sakit..”
Selepas Puan Siti menyapu
ubat luka di lutut Ayma,dia
terus mengambil wuduk untuk
solat.Ayma tidak solat kerana
dia ABC(Allah Beri Cuti)
“Assalamualaikum…”Aqil memberi
salam.Emaknya pun ada
juga.
“Mama Aqil
datang.”Jerit Ayma yang
berada di ruang
tamu.
Usai Puan Siti
solat,dia terus membuka
pintu rumahnya untuk
membenarkan Aqil dan
emaknya masuk kedalam
rumahnya.
“Kami datang
nak melawa t Ayma.”Puan Azie,emak
Aqil memulakan bicara.
“Alah..bukan teruk sangat lukanya.Dalam sikit
sahaja.”Puan Siti
memberitahu emak Aqil.
Ayma yang nampak
Aqil di ruang
tamu rumahnya terus merungut
‘Asyik-asyik dia tidak ada orang lainkah?’
Aqil terus menghampiri Ayma. “Sakit?”
“Tidak.Macam digigit semut sahaja.”
“Kalau digigit semut,mengapa menangis.”Aqil terus mengganggu Ayma.
“Mata masuk habuk.”Sah
Aqil tahu tentang
perkataan lapuk itu.Selalunya
Ayma yang kenakan Aqil dan
Aqil tidak dapat menjawab.Kali
ini berlainan pula..
“Menipu.”
******
******
“Yahoo terawikh.”Jerit Aqil yang
sedang membuka
pintu rumahnya.Jeritan Aqil yang sungguh
kuat itu kedengaran
di rumah Ayma.Ayma
yang sedang mengambil
kunci rumahnya untuk
membuka pintu terperanjat.Ayma pantas
membuka pintu lalu
berkata
“Aqil,hang tidak ada
kerja lainkah selain menjerit.”Ayma
mula marah dan
geram.
“Tidak ada.”Aqil menjelir
lidah dan perbuatan
Aqil itu dilihat
oleh Puan Azie.
“Nanti mak potong lidah
kamu Aqil.”
Ayma ketawa namun
dia tidaklah ketawa
seperti Aqil yang
ketawa kuat-kuat.Puan
Azie,Aqil dan Puan
Siti pergi ke
surau untuk mengerjakan
solat sunat terawikh
malam pertama.Esok sudah mula
berpuasa bagi semua
uma islam kecuali
Ayma dan beberapa
orang yang istimewa.
**********
Tengah hari
itu suasana di
sekolah Ayma tidaklah
riuh rendah seperti
pasar malam.Mungkin semua
orang penat berpuasa
agaknya.Baru 1 hari
berpuasa sudah letih.
Walaupun Ayma
ABC,namun dia tetap
menghormati kawan-kawannya yang
sedang berpuasa.
Ayma memandang
Aqil yang berada
di barisan lelaki.Dia
lihat wajah Aqil
muram.
‘Penat berpuasa.Kesian
kawan-kawanku.’
Ayma melihat
jam tangannya yang
berwarna merah jambu
dan biru.
“Baru pukul
1:05.”Kelihatan cikgu Amin
sedang menyampaikan ucapan
yang dikatakan sepatah
2 kata dan
beberapa pengumuman penting.
Miza yang
duduk dibelakangnya kelihatan
tekun mendengar ucapan
cikgu manakala Ayma
buat tidak tahu
sahaja.Sebaik sahaja ucapan
yang disampaikan oleh
Cikgu Amin tamat,semua
pelajar-pelajar sesi petang
mula masuk kedalam
kelas mengikut barisan.
Kelas 1 Amiga mula
bising walaupun bulan
puasa.Mereka mula berbual-bual
kosong.Ayma baru sahaja
hendak meletakkan begnya
diatas kerusi miliknya
terperanjat apabila terlihat
sepucuk surat yang
berada diatas mejanya.Dia
terus sahaja mengambil
surat itu lalu
membuka sampul surat
yang berwarna biru
itu untuk mengetahui
isi surat.
Kepada Ayma,Saya ingin meminta maaf atas perlakuan saya selama ini dan sering menyakitkan hati awak serta mengganggu awak.Mahu tahu mengapa saya meminta maaf kepada awak??Sebenarnya semalam selepas terawikh,ada taksirah yang disampaikan oleh imam kawasan perumahan kita.Dia selalu berpesan agar berbuat baik kepada semua orang walaupun orang itu berbuat jahat kepada kita…Macam-macamlah yang disampaikan.Ada nasihat dan sebagainya.Saya mendengar taksirah itu sungguh kagum dan saya mula insaf atas perbuatan saya.Saya berazam yang ramadhan kali ini,saya akan mengumpul pahala yang lebih banyak berbanding tahun lepas.Semoga awak maafkan saya:DYang ikhlas,Aqil
Miza yang
perasan yang Ayma
membaca surat itu
bertanya
“Dari siapa??”
“Aqil”Nasib baiklah
tiada siapa yang
melihat.Kalau tidak,habislah heboh
satu sekolah.Dia memandang
Aqil yang sedang
membaca buku novel
bahasa inggeris.
‘Sejak bila
Aqil rajin membaca
buku.’ Maafkan..tak ingin hendak
maafkan Aqil.Memandangkan ini
bulan puasa,kita harus
mengutip pahala yang
banyak.Jadi,Ayma maafkan sahaja
Aqil.Tapi untuk sementara sahaja.Kejam juga Ayma
Tengah syok
mengelamun,tiba-tiba Subhan masuk
kedalam kelas lalu
menjerit “Perhatian!!PBS Sejarah
bab 7.Sebentar lagi cikgu
masuk.”
Sebaik sahaja
mendengar arahan tadi,semua
orang cepat-cepat membuka
buku teks matapelajaran
pelajaran untuk membaca point
point penting sekali imbas
termasuklah Ayma dan
Miza.
Cikgu Adi
melangkah masuk ke dalam
kelas 1 Amiga.Semua
pelajar sedang tekun
membaca nota.
“Baiklah,hari ini
saya akan kembalikan
kertas Sejarah bab 6
band 1 sehingga band 4
kamu semua.Pastikan kamu
semua menulis tarikh
hari ini di
kotak yang kedua
setiap evidens.”
Kesemua 37
pasang mata menjeling
kearah Subhan.Subhan tersengih-sengih. “Pssstt”Miza mencuit
Ayma.
“Apa?”
“Apa jawapan
bagi evidens B3D2E2?”Miza
memandang kertas Ayma.
“Maaf tidak
tahu.”
Sebenarnya Ayma bukan
tidak tahu,Cuma,dia malas hendak melayan kerenah Miza yang ……..
30 minit kemudian,cikgu Adi
memungut kertas PBS
pelajar 1 Amiga.Dia
berharap selepas ini
tidak perlu redoo
lagi.Aqil sekarang sudah
berubah tetapi rasanya
baru 50%-50%.
Kalau 100%,alamatnya
kecoh satu sekola. ‘Budak nakal berubah jadi baik’
Wallahualam
1 comment:
Mun caket da pasti bakal di apelan. Hehee
Post a Comment