Cinta Allahpun Bersyarat
Musibah Diundang atau Tidak Diundang
Apa
sahaja musibah yang tidak kita sukai, Islam mengajar kita berdoa dan berusaha
mencegahnya. Bukan berdiam diri dan mengharap kosong di atas angin begitu
sahaja.
Jika
Allah takdirkan sesuatu musibah terjadi ke atas diri kita, ia akan terjadi
juga. Usah peningkan kepala. Kecilkan risikonya.
Tunjukkan
kepada Allah SWT bahawa kita telah mencurahkan doa dan usaha dalam kudrat
seorang hamba yang serba terbatas..
Musibah
itu ada dua jenis. Ada yang datang ‘diundang’ dan ada yang datang ‘tidak
diundang.’
Jika
musibah tetap terjadi meskipun kita sudahpun mengambil langkah pencegahan dan
langkah berhati-hati, ianya suatu musibah ‘tidak diundang’. Sudah tentu
rahmatnya besar di sisi Allah. Keadaan ini lebih baik daripada gagal membuat
jangkaan dan mencegah datangnya musibah, kerana risiko berlakunya musibah pada
bila-bila masa jauh lebih besar. Rasa tidak tenang lebih kerap hadir.
Kecilkan Risiko
Sebelum
bernikah, kita sepatutnya sudah bijak membaca kriteria pasangan yang berpotensi
untuk curang setelah bernikah. Selalunya dia seorang yang:
Gatal.
Suka
mengurat.
Berkawan
dengan ramai pasangan tanpa urusan.
Selalu
SMS dan call pada perkara yang tidak
penting.
Selalu
bergurau hendak bernikah ramai.
Asyik
chatting dan facebook dengan pasangan bukan mahram.Tanpa urusan munasabah.
Jika
kita sendiri memilih pasangan yang berpotensi untuk tidak setia, kemudian,
apabila kita menjadi suami atau isterinya, dia bermain kayu tiga, maka kita
sendirilah yang sebenarnya mengundang masalah itu.
Bukankah
Allah SWT sudahpun memberitahu kita, banyak
sekali musibah dalam hidup ini bersumber daripada perbuatan kita sendiri? Kita
yang mengundangnya.
Minimumkan Musibah
Langkah
pencegahan dan membuat jangkaan bukanlah bertujuan untuk hidup tanpa masalah.
Mana ada hidup tanpa masalah? Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk
meminumkan musibah dan masalah, terutamanya akibat sikap dan kesalahan kita
sendiri.
Ramai
pasangan boleh terima apapun kekurangan suami atau isterinya. Dia sanggup
berada di sisi pasangan walau apapun terjadi kepadanya. Tidak kira pasangannya
jatuh miskin, sakit teruk, dimusuhi, dibebani hutang, difitnah atau apa sahaja
berlaku ke atasnya, dia terus setia.
Cuma
satu, ramai suami atau isteri lebih sanggup kehilangan pasangannya jika
pasangannya itu mempunyai kekasih yang lain. Sebelum masalah besar ini timbul
dan kesannya berlarut-larut dalam seluruh baki usia, kita mesti berhati-hati
melangkah.
Jika
ia berlaku kerana lalainya kita membuat jangkaan yang tepat ketika dalam tempoh
pemilihan, maka yang bersalah adalah diri kita sendiri. Bukan orang lain.
Syarat Suatu Yang Normal Dalam Aqad Muslim
Kita nak beli rumah dan kereta ada
syarat. Nak buat pinjaman ada syarat. Nak sewakan rumah kita kepada
orang lain, kita letakkan syarat yang munasabah. Bahkan dalam kebanyakan
aqad kaum muslimin, ia sangat bijaksana meletakkan syarat. Ia suatu
yang normal. Ia suatu sikap berpandangan jauh terhadap risiko masa
depan.
Cinta
lebih rasional jika ada syarat yang munasabah. Bincangkan ia sejak di
fasa
pertunangan untuk mengecilkan risiko keruntuhan rumah tangga pada masa
depan.
Mahukan cinta tanpa syarat? Okey tapi realistiklah! Islam sangat
manusiawi. Sensitiviti dan kondisi individu berbeza-beza. Berbincang dan
letaklah syarat yang dipersetujui bersama. Demi keteguhan masa depan.
Lihatlah,
cinta Allahpun mempunyai syarat selagi kita tidak syirik kepada-Nya. Cinta
dalam pernikahan juga wajar mempunyai syarat ta’liq agar melindungi pasangan
daripada risiko penganiayaan.
Betapa
ramai pasangan yang suka mengubat sebelum mencegah. Apabila pasangannya
terbukti bermain kayu tiga, barulah dia mula mencari penyelesaian. Mereka
pejamkan sahaja mata ketika masalah memberi ‘petanda awal’ untuk datang. Usaha
mengubat jauh lebih sakit dan pedih daripada usaha mencegah. Mahu yang mana?
No comments:
Post a Comment