Inilah cerpen Ira yang Ira hantar dekat PTS ONE sempena peraduan menulis cerpen@PTS one.
Jika para pembaca yang membaca cerpen Ira,ceritanya bila dilihat terang-terang Nampak sangat isinya macam tak matured sebabnya tuan blog sendiri pun tak matured.Sorrylah if tak best sebab cerpen ini yang paling panjang pernah Ira buat.Dulu paling panjang pun 7 atau 8m/s:)))
Ayma,seorang budak yang suka membuat lawak tidak bertempat dan tidak matang.Ada sahaja perkataan yang lucu keluar dari mulutnya.Walaupun sudah ke sekolah menengah,tingkah lakunya seperti budak kecil.Nampak sangat tidak matang.
Ayma memegang sebuah buku conteng.Di dalam buku itu,macam-macam ada.Ada tandatangan,ada nota dan kira-kira matematik.
Miza yang kebetulan melihat buku itu bersuara “Boleh Miza tengok?”
Ayma senyum.Dia mengangguk.Miza pun menyelak muka surat yang pertama.
“GTP???Gadis Terlebih Perasan???Ya Allah kawan aku yang seorang ini memang GTPlah”
Hehe..Miza malas menyelak muka surat yang seterusnya atas sebab-sebab tertentu.
“Eh,jom pergi surau.Saya lihat ada ramai orang di sana”kata Ayma tersenyum.Dia sekarang berada didalam dunia keduanya.
“Eh minah ini.Hendak pergi surau pula.Bukankah nanti rehatkan solat.Haisshh.Berangan”
Miza mencuit pnggan Ayma.Ayma melatah. “Opocot aku GTP.”Beberapa orang kawannya termasuk Miza ketawa.Memang lawak.
Ada yang hampir berguling-guling menahan gelak.
“Erhemm.Apa gelak-gelak ini.Saya kata suruh senyap.Kamu ingat saya ini seperti tunggulkah?’’Cikgu Hamid mula bersuara.
“Memang tunggul.Batu tunggul macam dalam buku Geografi.”Ayma mengeluh kecil.Miza yang duduk di sebelahnya ketawa kecil.Dia memang suka ketawa terutama sewaktu Ayma melawak.
*******
Ayma berjalan-jalan berseorangan di belakang sekolah.Dia sedang menunggu Miza yang singgah di kedai buku sekolah.Dia ingin main-main dengan Miza.Setiap kali rehat,jarang Ayma ke kantin.Dia lebih sukakan berehat-rehat daripada makan.Bukan hendak diet tapi memang tidak ada mood.
“Panjang umur”kata Ayma apabila Miza muncul.
Hehe.. “Awak ,minggu hadapan sudah mula berpuasa.Nanti kita akan pulang jam berapa agaknya?Samada seperti biasa ataupun jam 5:30”.Tanya Miza.
“Awak tanya saya,saya lagilah tidak tahu.Kalau awak hendak tahu sangat cubalah tanya encik Google kita.Diakan serba tahu.”Teka Ayma.Miza tergelak kuat.
“Tidak senonoh”jawab Ayma.
Miza meminta maaf atas perlakuannya.
***
“Cukup..cukup..sudah
Cukup..sampai..di..sini..sahaja”Ayma menyanyi sambil berjalan kaki pulang ke rumah dari sekolah.Miza tidak pulang sekali kerana Cikgu Yuki mahu menjumpanya.
“Pewwiitt”Aqil,jiran sebelah rumah Ayma ketawa apabila dengar suara Ayma yang sumbang.
Ayma menahan geram.Tapi dalam hati dia ketawa kerana bagi Ayma, suara Aqil lagilah sumbang.
“Suka hatilah hendak nyanyi ke hendak berlari ke.Macamlah suara dia itu sedap sangat.”
“Sedap apa.Cukup..cukup..sudah..”Aqil menyanyi.Lagi sumbang dibuatnya.
“Puii..pergi perah santan dahulu Aqil.”Ayma sudah mula sakit hati.
“Perah santan??”Hendak buat apa perah santan?Sudah ada berkotak-kotak di dalam rumah.”
Ayma tergelak.Dia tahu Aqil tidak tahu maksud perah santan yang sudah lapuk itu.
Ayma sudah penat melayan Aqil.Dia terus masuk dalam rumah.
****
“Ayma,tunggu sekejap.Saya hendak pinjam nota awak.”Panggil Aqil.
“Kalau saya kata tidak boleh.Apa awak mahu kata?”Ayma berkeras.
Ramai pelajar sudah pun masuk ke dalam kelas. Cuma tinggal Ayma dan Aqil sahaja di luar kelas.Ada juga beberapa orang pelajar yang baru hendak masuk ke dalam kelas kerana waktu itu baru sahaja habis beberapa kelab yang ada perjumpaan.
“Ayma tolonglah.Awak tidak malu jika saya didenda?”Aqil terus merayu kepada Ayma.
“Buat apa hendak malu?”
Akhirnya Aqil tiada kata-kata.Dia terus melangkah masuk kedalam kelasnya.
Ayma pun begitu juga.
Nama Ayma dijerit.36 pasangan mata memandang kearah Ayma untuk tahu apa yang berlaku.Mereka semua tidak memandang Aqil pula.
Aqil menunjuk nota Sejarah Ayma yang ingin dia pinjam.Tetapi Ayma yang tidak mahu beri.Bukan tidak mahu beri,nota itu cikgu Adi,cikgu Sejarah kelasnya yang suruh membuat sendiri.Ayma penat-penat membuat nota,Aqil sedap-sedap sahaja mencuri dan mengambil nota tanpa izin. ‘haisshh’
Ayma menjelir lidah.Rasa marah bercampur geram pada tahap kritikal.Namun,dia sabar kerana apabila marahpun kita tidak boleh berbuat apa-apa.Membuang air liur sahaja.
Aqil terus menyalin nota Ayma.
‘Kenapa aku yang kena?’Rungut Ayma.Dia tidak tahu mengapa Aqil selalu menyakat dan mengganggunya sedangkan didalam kelas itu ada ramai pelajar.
*****
Cikgu Adi tidak hadir tetapi dia mahu semua pelajar kelas 1Amiga,kelas Ayma menghantar nota mereka di atas mejanya.
“Yahoo,cikgu tidak datang.”Aqil menjerit tetapi jeritannya hanya sebentar kerana cikgu Amin, memerangkap guru disiplin sesi petang SMK Taman Permata lalu di kelasnya dan apabila terdengar suara Aqil yang kuat itu,dia terus masuk kedalam kelas 1 Amiga.
“Aqil,suara kamu itu,satu blok boleh bergegar.”Aqil tersenyum malu.Ayma dan rakan-rakannya semuanya tergelak perlahan.
Aqil pura-pura tidak dengar gelakan rakan-rakannya.Dia menjeling tajam kearah Ayma.Nasib baiklah Ayma tidak perasan.
Kelas 1 Amiga sekarang ini seperti pasaraya yang sedang menawarkan harga-harga murah.Ada yang bermain penutup botol,ada juga yang sedang berbual kosong dan ada juga yang jadi jaga.Zakir,Subhan,Aizad,Arif dan Irfan memang suka bergayut seperti monyet dipintu.Mereka sering berbual-bual disitu sambil melihat guru-guru yang lalulalang di koridor sekolah.
Ayma sudah masuk ke dunia lain.Dia tidak habis tersenyum-senyum.Miza yang duduk ditepinya perasan dan terus mencuit Ayma.
“Oh pocot Aqil gemuk.”Ayma melatah dengan kuat sekali dan latahnya didengar oleh kawan sekelasnya.Tidak sampai 1 saat seluruh kelas menahan tawa.Ayma menahan malu.Semua orang memandang Aqil dan Ayma.
Aqil pergi ke arah Ayma dengan matanya menjeling kearah Ayma.Ayma berdoa agar Aqil tidak memakannya.
“Mengapa nama aku juga yang disebut?”
Ayma menjeling Miza.Miza tersengih-sengih.
“Sorry naik lorrylah.”Miza menenangkan keadaan.
Nasib baiklah Miza tolong.Kalau tidak sudah lama Ayma cekik Miza.Disebabkan Mizalah Ayma melatah.
*******
“Ayma,jom pergi solat.”Ajak Miza.Miza segera mengemas buku-buku yang bersepah di atas mejanya.
“Sorry,now I’m period.”Suasana yang bising di dalam kelas 1 Amiga membuatkan Ayma harus bercakap kuat ataupun berbisik di telinga Miza.
“Sejak bila?”
“Harii ni.Pagi tadi.”Ayma membalas.Dia malas hendak melayan Miza oleh kerana perutnya sakit dan kakinya lenguh-lenguh.
Miza terus pergi ke surau untuk menunaikan solat fardhu Zuhur sebelum loceng waktu rehat berbunyi.
********
Miza dan Ayma pulang dari sekolah dengan berjalan kaki.Aqil menunggang basikal.Ayma yang perasan yang Aqil berada dibelakangnya mencepatkan perjalanan.
“Ayma,tunggulah.”
“Awak jalan sahajalah dengan Aqil.Saya malas melayan Aqil.”Ayma terus berjalan meninggalkan Miza bersama Aqil.
Aqil tersengih-sengih memandang Miza lalu mengayuh basikal fixienya meninggalkan Miza dan mengejar Ayma.Ayma kemudian berlari sekuat hati.Namun tiba-tiba..
“Adoii.”Ayma menjerit kesakitan.Dia menangis.Dalam hati dia berkata ‘Mama tolong..Aqil buat Ayma’.Padahal salah Ayma sendiri kerana tidak perasan yang ada batu dihadapannya semasa dia berlari tadi.
Aqil tersengih-sengih kemuadian ketawa terbahak-bahak.Miza yang ketinggalan di belakang cepat-cepat berlari kearah Ayma.Ayma menangis.Aqil buat tidak acuh sahaja.
Matahari semakin lama,semakin terbenam.Sebentar sahaja lagi azan maghrib berkumandang.
Miza memapah Ayma yang kesakitan.Nasib baiklah rumah Ayma dan Miza hanya selang 3 buah.Aqil semestinya sudah berada di dalam rumah agaknya.
*****
“Astagfirullahalazim...macam mana boleh jadi begini?”Puan Siti mula membebel apabila melihat lutut anaknya luka.
Ayma sudah mengagak yang emaknya sudah pasti akan membebel kerana tidak tahu jaga diri sedangkan umur sudah 13 tahun.Opps silap, belum cukup.Hari jadi Ayma bulan desember ya.
Ayma menjerit kesakitan sewaktu emaknya menyapu ubat luka di lututnya
“Mama,perlahan-perlahanlah .Sakit..”
Selepas Puan Siti menyapu ubat luka di lutut Ayma,dia terus mengambil wuduk untuk solat.Ayma tidak solat kerana dia ABC(Allah Beri Cuti)
“Assalamualaikum…”Aqil memberi salam.Emaknya pun ada juga.
“Mama Aqil datang.”Jerit Ayma yang berada di ruang tamu.
Usai Puan Siti solat,dia terus membuka pintu rumahnya untuk membenarkan Aqil dan emaknya masuk kedalam rumahnya.
“Kami datang nak melawa t Ayma.”Puan Azie,emak Aqil memulakan bicara.
“Alah..bukan teruk sangat lukanya.Dalam sikit sahaja.”Puan Siti memberitahu emak Aqil.
Ayma yang nampak Aqil di ruang tamu rumahnya terus merungut ‘Asyik-asyik dia tidak ada orang lainkah?’
Aqil terus menghampiri Ayma. “Sakit?”
“Tidak.Macam digigit semut sahaja.”
“Kalau digigit semut,mengapa menangis.”Aqil terus mengganggu Ayma.
“Mata masuk habuk.”Sah Aqil tahu tentang perkataan lapuk itu.Selalunya Ayma yang kenakan Aqil dan Aqil tidak dapat menjawab.Kali ini berlainan pula..
“Menipu.”
******
******
“Yahoo terawikh.”Jerit Aqil yang sedang membuka pintu rumahnya.Jeritan Aqil yang sungguh kuat itu kedengaran di rumah Ayma.Ayma yang sedang mengambil kunci rumahnya untuk membuka pintu terperanjat.Ayma pantas membuka pintu lalu berkata
“Aqil,hang tidak ada kerja lainkah selain menjerit.”Ayma mula marah dan geram.
“Tidak ada.”Aqil menjelir lidah dan perbuatan Aqil itu dilihat oleh Puan Azie.
“Nanti mak potong lidah kamu Aqil.”
Ayma ketawa namun dia tidaklah ketawa seperti Aqil yang ketawa kuat-kuat.Puan Azie,Aqil dan Puan Siti pergi ke surau untuk mengerjakan solat sunat terawikh malam pertama.Esok sudah mula berpuasa bagi semua uma islam kecuali Ayma dan beberapa orang yang istimewa.
**********
Tengah hari itu suasana di sekolah Ayma tidaklah riuh rendah seperti pasar malam.Mungkin semua orang penat berpuasa agaknya.Baru 1 hari berpuasa sudah letih.
Walaupun Ayma ABC,namun dia tetap menghormati kawan-kawannya yang sedang berpuasa.
Ayma memandang Aqil yang berada di barisan lelaki.Dia lihat wajah Aqil muram.
‘Penat berpuasa.Kesian kawan-kawanku.’
Ayma melihat jam tangannya yang berwarna merah jambu dan biru.
“Baru pukul 1:05.”Kelihatan cikgu Amin sedang menyampaikan ucapan yang dikatakan sepatah 2 kata dan beberapa pengumuman penting.
Miza yang duduk dibelakangnya kelihatan tekun mendengar ucapan cikgu manakala Ayma buat tidak tahu sahaja.Sebaik sahaja ucapan yang disampaikan oleh Cikgu Amin tamat,semua pelajar-pelajar sesi petang mula masuk kedalam kelas mengikut barisan.
Kelas 1 Amiga mula bising walaupun bulan puasa.Mereka mula berbual-bual kosong.Ayma baru sahaja hendak meletakkan begnya diatas kerusi miliknya terperanjat apabila terlihat sepucuk surat yang berada diatas mejanya.Dia terus sahaja mengambil surat itu lalu membuka sampul surat yang berwarna biru itu untuk mengetahui isi surat.
Kepada Ayma,
Saya ingin meminta maaf atas perlakuan saya selama ini dan sering menyakitkan hati awak serta mengganggu awak.Mahu tahu mengapa saya meminta maaf kepada awak??Sebenarnya semalam selepas terawikh,ada taksirah yang disampaikan oleh imam kawasan perumahan kita.Dia selalu berpesan agar berbuat baik kepada semua orang walaupun orang itu berbuat jahat kepada kita…Macam-macamlah yang disampaikan.Ada nasihat dan sebagainya.Saya mendengar taksirah itu sungguh kagum dan saya mula insaf atas perbuatan saya.Saya berazam yang ramadhan kali ini,saya akan mengumpul pahala yang lebih banyak berbanding tahun lepas.Semoga awak maafkan saya:D
Yang ikhlas,
Aqil
Miza yang perasan yang Ayma membaca surat itu bertanya
“Dari siapa??”
“Aqil”Nasib baiklah tiada siapa yang melihat.Kalau tidak,habislah heboh satu sekolah.Dia memandang Aqil yang sedang membaca buku novel bahasa inggeris.
‘Sejak bila Aqil rajin membaca buku.’ Maafkan..tak ingin hendak maafkan Aqil.Memandangkan ini bulan puasa,kita harus mengutip pahala yang banyak.Jadi,Ayma maafkan sahaja Aqil.
Tengah syok mengelamun,tiba-tiba Subhan masuk kedalam kelas lalu menjerit “Perhatian!!PBS Sejarah bab 7.Sebentar lagi cikgu masuk.”
Sebaik sahaja mendengar arahan tadi,semua orang cepat-cepat membuka buku teks matapelajaran pelajaran untuk membaca point point penting sekali imbas termasuklah Ayma dan Miza.
Cikgu Adi melangkah masuk ke dalam kelas 1 Amiga.Semua pelajar sedang tekun membaca nota.
“Baiklah,hari ini saya akan kembalikan kertas Sejarah bab 6 band 1 sehingga band 4 kamu semua.Pastikan kamu semua menulis tarikh hari ini di kotak yang kedua setiap evidens.”
Kesemua 37 pasang mata menjeling kearah Subhan.Subhan tersengih-sengih. “Pssstt”Miza mencuit Ayma.
“Apa?”
“Apa jawapan bagi evidens B3D2E2?”Miza memandang kertas Ayma.
“Maaf tidak tahu.”
30 minit kemudian,cikgu Adi memungut kertas PBS pelajar 1 Amiga.Dia berharap selepas ini tidak perlu redoo lagi.Aqil sekarang sudah berubah tetapi rasanya baru 50%-50%.
No comments:
Post a Comment