Janganlah ada pengalaman sebegini
Menurut kajian penulis,:- Ada individu memberi keutamaan untuk bilik tidur yang cantik,- Ada mahukan kualiti tidur- Juga yang mahu masa tidur yang cukup- Selain itu ada juga yang tak kisah tidur di mana dan bila masa- Cuma segelintir sahaja tidur mengikut ajaran Islam.Jadi amatlah rugi kita menumpukan kepada kaedah tidur yang menjauhi ruh Islam sehingga banyak wang dihabiskan serta jauh dari kasih sayang Allah..
Tidur Anak-Anak Juga Perlu Dibentuk Dari Rebung Lagi
Mari kita rujuk antara adab sebelum tidur adalah;
1. Membersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi)
2. Bersuci dengan mengambil wudhuk.
Perihal di atas adalah untuk sebagai langkah persediaan agar ia menuju kepada ibadah.
Yang pertama, tidur kita dalam keadaan
ingat kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Apabila kita ingat Allah, maka
kita tahu Allah sukakan kebersihan dan membersihkan diri menghampirkan
lagi diri kita kepada Allah.
Yang kedua, tidur menjadi asbab menjauhi kita dari perkara mungkar. Maka tidur itu lebih baik daripada melakukan maksiat.
Yang ketiga tidur sebagai ruang rehat dan
menjana tenaga untuk terus menjalankan ibadah seterusnya dan
tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi. Seperti persediaan
untuk bangun di tengah malam untuk melakukan ibadah sunnah yang lain.
Yang keempat, tidur juga sebagai ibadah
bila masa kita tidur dalam mengingati yang Maha Esa dan meraih
ketenangan sepanjang tidur.
Berwuduk sebelum tidur juga sebagai
persediaan seandainya nyawa kita tiba di penghujung semasa lena. Dan
seandainya kita meninggal dunia semasa tidur, maka ia ibarat mati dalam
keadaan suci bersih. Siapakah yang pasti dan boleh memberi jaminan
bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula keesokannya..? Tiada
sesiapa pun..
Maka renungkanlah dan hayati serta hidupkanlah adab-adab sunnah yang baginda tinggalkan untuk kita..
Tidur Juga Boleh Menjadi Ibadah..
Bagaimana Tidur Boleh Menjadi Ibadah dan Meraih Pahala Serta Kasih Sayang Allah..?
Antara pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengenai adab
sebelum, semasa dan selepas tidur boleh kita amalkan setiap hari..Mengkebutkan (membersih atau kibas) Tempat Tidur Sebelum Tidur
“Apabila salah seorang di antara kalian akan tidur, maka kebutlah tempat tidurnya dengan hujung kain sarungnya kerana sesungguhnya dia tidak tahu apa yang bakal menimpanya.” (Riwayat Bukhari)
Ini membuktikan Rasulullah amat prihatin akan persediaan tempat tidur agar kita dapat menjauhi sebarang bahaya sebelum tidur.
Berwudhuk Sebelum Tidur
“Apabila kamu akan mendatangi tempat tidur, berwudhuklah sebagaimana kamu berwudhuk untuk solat.” (Riwayat Bukhari)
Cara Tidur Yang Betul
“Apabila kamu hendak tidur berwudhuklah dahulu sebagaimana kamu mahu solat, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Saat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang sahabatnya yang tidur meniarap, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengejutnya seraya bersabda: “Bangunlah! Ini ialah posisi tidur yang dibenci oleh Allah.” (Sahih Adab Al Mufrad – Karangan Imam Bukhari)
No comments:
Post a Comment